Melaknat mempunyai dua makna, yaitu makna pertama adalah mencela dan makna kedua adalah mengusir serta menjauhkan dari rahmat Allah. Melaknat bukanlah perangai orang beriman, dari 'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencela dan bukan orang yang suka melaknat serta bukan orang yang suka bicara jorok dan kotor."
(HR. al-Bukhari)
Kadang kita mendengar orang berkata, "dasar batu sial!" atau "sial kamu!" , kata-kata ini terdengar sangat remeh, namun ketahuilah Saudariku, bahawa kita dilarang untuk mengucapkan atau melaknat sesuatu tanpa adanya keterangan dari agama bahawa sesuatu tersebut mendatangkan kesialan. Selain itu, kita juga dilarang melaknat angin, binatang, ayam jago, masa, serta manusia tertentu, terutama seorang mukmin kerana hal tersebut termasuk dosa besar. Tsabit bin Adh-Dhahhak rahimahullahu Ta'ala berkata bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa melaknat seorang mukmin maka seakan-akan dia membunuhnya." (HR. Al-Bukhari)
Menjaga lisan termasuk salah satu kesempurnaan Islam seseorang, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Sebaik-baik (kualiti) keislaman kaum mukminin adalah orang yang kaum muslimin merasa selamat dari (kejahatan) lisan dan tangannya. Sebaik-baik (berkualiti) keimanan kaum mukminin adalah mereka yang paling baik akhlaknya ..... " (HR. Ath-Thabrani)
# Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adzim.
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.
Allahumma salli ala Muhammadin wa ala ali Muhammad.
0 comments:
Post a Comment